Welcome to NADA's blog!

Please enjoy your stay and learn as much as you can from the informative posts

 photo nada_zpsf2930329.jpg

We are NADA!

NADA stands for Nutrition And Dietetics Students' Association, one of the society in Faculty of Health Science, UiTM Puncak Alam.

Congratulations Super Senior!

NADA's first batch has completed their degree studies. Best of luck to all of you!

 photo templat_zps2acc94f0.jpg

Please Support Us!

Commenting and sharing our posts will help in increasing the nutrition awareness and further improvement of our blog

 photo foods_zps39051608.jpg

Start your healthy diet today!

Don't forget to exercise regularly and eat a healthy food everyday. Choose your healthy ingredients now!

 photo foods_zps39051608.jpg

Click this image for more details!

Come and join us from 13th to 15th of June 2013. Eat Well, Live Well, Stay Healthy!

Thursday 26 July 2012

Tenaga Pengajar dan Staf NADA

Berikut adalah wajah-wajah tenaga pengajar dan staf NADA yang bertungkus lumus dalam memastikan segala pengajian dan pembelajaran berjalan dengan lancar.


PENAUNG


Prof. Madya Datin Dr. Safiah Md Yusof

PENSYARAH

                 
                   Dr. Norazmir                                      Mdm. Syahrul Bariah                  Mdm. Naleena Devi         

En. Nazrulhadi

PEMBANTU MAKMAL

              
                    En. Fathee                                      Pn. Fasehah                                        En. Mahathir

Carta Organisasi NADA

Carta-carta Organisasi NADA bermula dari awal sehingga kini :

*klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas

Skuad NADA Sesi 2012/2013



Skuad NADA Sesi 2011/2012



Skuad NADA Sesi 2010/2011
Exco NADA 2010-2011

Tuesday 24 July 2012

Dr. Michelle's Visit

Pada 14 Jun 2012 yang lepas satu program bersama seorang pensyarah dietetik daripada United Kingdom telah dijalankan. Kedatangan beliau selama lebih kurang seminggu di Malaysia adalah untuk melihat progres UiTM terutamanya Jabatan Pemakanan dan Dietetik. Disamping itu juga beliau turut berkesempatan untuk melihat sendiri pemahaman gaya pemakanan pelajar-pelajar sekolah di Terengganu,Malaysia. Kedatangan beliau ke UiTM Puncak Alam disambut meriah oleh kami pihak NADA sendiri. Sehubungan dengan itu pihak NADA telah menyediakan dua video sebagai tayangan Multimedia semasa program itu dijalankan.

1. Video tentang keseluruhan aktiviti yang dijalankan semenjak penubuhan NADA pada tahun 2008.


2. Video khas untuk Dr. Michelle. Video ini memperkenalkan tentang makanan istimewa yang terdapat di Malaysia

Kelebihan Berpuasa



Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua. Rasanya belum terlambat untuk kami mengucapkan ucapan Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini kepada seluruh umat Islam di Malaysia mahupun di seluruh dunia. Umum mengetahui bahawa seluruh manusia yang menganut Agama Islam diwajibkan berpuasa (iaitu menahan diri dari makan, minum dan melakukan perkara maksiat dari terbit fajar hingga terbenam matahari) setiap bulan Ramadhan pada setiap tahun. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud :

“Wahai orang-orang beriman !Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan atas orang orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa..” (Al-Baqarah,183-185)

Justeru sempena ini, kami ingin berkongsi tentang kelebihan berpuasa dari sudut kesihatan tubuh badan kita.
Penurunan Berat Badan
Ternyata dengan berpuasa kita mampu menurunkan berat badan dengan sihat dan murah. Ini kerana pada kebiasaannya orang yang berpuasa mengambil kurang sedikit ‘energy intake’ berbanding ‘energy expenditure’. Justeru, ini akan menjurus seseorang itu dapat menggunakan tenaga dari lemak yang berlebihan dalam badan. Ini amat berbeza dengan amalan ‘crash diet’ atau diet yang tidak teratur seperti tidak memakan sebahagian kelas pyramid makanan seperti nasi contohnya. Penurunan berat badan dengan berpuasa selalunya lebih stabil di mana pesakit tidak mengalami masalah kenaikan berat badan secara mendadak sekiranya seseorang berhenti puasa.
Mempercepat Proses Pemulihan
Ketika berpuasa, penggunaan tenaga diarahkan dari sistem penghadaman ke sistem-sistem lain seperti penyembuhan, imun atau metabolisme badan. Manakala, proses penggantian tisu yang rosak menjadi bertambah baik hasil proses pembentukan protein sintesis yang semakin berkesan yang disebabkan oleh antibodi badan yang lebih teratur. Pembentukan protein yang lebih efisien akan menghasilkan sel-sel serta tisu yang lebih sihat. 
Awet Muda dan Memanjangkan Usia
Hormon pertumbuhan, sejenis hormon anti penuaan didapati dirembeskan  dengan banyaknya ketika berpuasa.  Seperti yang anda tahu orang yang berpuasa membuatkan tubuh badan kita menjadi sedikit berkeadaan ‘hypoglycemia’ dan ini akan menyebabkan kelenjar pituitary untuk merembeskan lebih banyak hormon pertumbuhan.
Mengurangkan Risiko Penyakit Aterosklerosis
Kajian turut mengesahkan penurunan dari segi kandungan kolesterol  dan gula dengan mengurangkan pengambilan makanan berlemak dan bergula. Kandungan 'Low density lipoprotein' yang merupakan kolestrol 'jahat' tentunya mengurangkan risiko penyakit aterosklerosis (sejenis penyakit pada arteri di mana plak-plak berlemak berkembang pada dinding-dinding dalam dan akhirnya menyebabkan aliran darah tersekat).  Keadaan ini terutamanya berlaku di kalangan pesakit diabetes.
Solat Tarawikh Memetabolismekan Makanan
Cantik sekali apabila bulan puasa turut diiringi dengan sembahyang sunat  tarawih pada sebelah malamnya.  Ianya membantu memproses makanan yang dimakan ketika berbuka untuk digunakan sebagai tenaga (sehingga 200 kalori).  Di samping itu, ianya juga bertindak sebagai satu cara senaman yang ringkas dan baik untuk menguatkan sistem kardiovaskular (jantung dan aliran darah).
Mendisiplinkan Diri Agar Berhenti Merokok
Amalan puasa juga dapat melatih diri meninggalkan amalan yang kurang baik seperti mengurangkan nikotin yang berbahaya di dalam tubuh perokok.  Ketika siang hari, perokok boleh meninggalkan rokok kerana terpaksa berpuasa manakala pada malam hari, perokok boleh meninggalkan rokok kerana memenuhkan masa dengan melaksanakan ibadah seperti solat sunat tarawikh dan tadarus al-Quran. Merokok amat merbahaya kerana akan memudaratkan kesihatan seperti penyakit kanser paru-paru, sakit jantung dan penyakit sekatan pernafasan.
Ketenangan Mental
Dari segi kesihatan mental, umat manusia  berasa lebih tenang di bulan Ramadan yang mulia ini.  Ganjaran yang berlipat ganda pada bulan puasa menjadikan mereka lebih bertumpu kepada menunaikan ibadah, sekali gus menenangkan fikiran. Di samping itu, kita akan menjadi lebih fokus kerana tidak terlalu memikirkan tentang pelbagai juadah untuk dimakan. Tambahan pula, lebih banyak darah akan ditujukan kepada organ selain dari ‘GI tract’, seperti otak membuatkan fikiran kita lebih tajam dan tidak mudah leka.
Pemakanan di Bulan Ramadan
Pastikan makanan yang seimbang (buah-buahan, sayur-sayuran, karbohidrat, protein) ketika bersahur dan berbuka puasa. Tidak perlu makan banyak. Ketika berbuka disunatkan mengambil kurma kerana kandungan gula yang tinggi bertindak sebagai pemberi tenaga yang pantas manakala air kosong untuk menghidrasikan semula tubuh yang kekurangan air. Sementara itu, ketika bersahur adalah lebih baik makan makanan yang lambat hadam iaitu bijirin seperti oats, gandum dan lain-lain kerana makanan jenis ini akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses iaitu, lapan jam. Justeru, ianya dapat membekalkan tenaga dengan lebih lama dan mengurangkan rasa lapar. Ini kerana makanan bijirin mempunyai kandungan serat yang tinggi lebih-lebih lagi jenis bijirin serat penuh (wholemeal grains)
Sumber : Mingguan Malaysia (2 Oktober 2005)
Sumber imej : iluvislam.com

Friday 13 July 2012

Makanan Yang Perlu Dielakkan.



Minuman bergas
Minuman bergas adalah sejuk, segar, manis, dan boleh menyebabkan ketagihan. Kebanyakan minuman bergas mengandungi kandungan kafein yang tinggi. Penggemar minuman jenis ini mungkin secara tidak sedar mencetuskan kebergantungan dan ketagihan terhadap air bergas dan berkafein ini. Minuman bergas ini hampir tidak mempunyai sedikit khasiat pun, oleh itu ia perlu dijauhi dari diet harian anda. Tambahkan pengambilan air dan jus buah-buahan jika anda memerlukan gula.

Minuman kopi
Sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan mereka dengan minuman kopi. Sama ada kopi o’ atau kopi susu rendah kalori, kebanyakan kopi di kedai hari ini mengandungi creamer, gula, dan penambah perisa yang lain. Jika anda memerlukan kafein, pesan kopi o kosong dan tambah sedikit susu, creamer, atau gula mengikut keperluan anda sendiri.

Produk kaya dengan tepung.
Anda patut mengelakkan roti putih dan produk yang mengandungi tepung yang diperkaya. ‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan yang tepung tersebut telah di ‘bleached’ dan kehilangan khasiat yang berharga. Sebaliknya untuk langkah yang lebih bijak, anda bolehlah membeli roti penuh gandum dan pasta.


Roti, kek dan seumpamanya.
Roti keju yang besar dan muffin yang bersaiz penumbuk anda bukanlah pilihan yang baik untuk diet harian anda. Saiz makanan seperti ini kadangkala di luar kawalan anda. Kebanyakan makanan ini mengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu yang tinggi. Jika anda membaca label makanan, pastikan anda memeriksa sama ada makanan tersebut mengandungi minyak yang dihidrogenkan dari marjerin atau tidak. Sekalipun ada tertulis ‘tanpa lemak tepu’ pada label makanan, periksa kandungan nutrisi makanan tersebut. Sesetengah pengeluar makanan mempromosikan makanan mereka dengan mengatakan kurang lemak. Jika anda ragu-ragu, periksa kandungan bahan yang digunakan.

Makanan/minuman segera.
Makanan dan minuman segera sangat senang diperolehi. Makanan dan minuman jenis ini menjadi pilihan oleh kebanyakan daripada kita disebabkan jadual harian yang padat. Oleh itu anda memerlukan sesuatu yang mudah dan pantas. Makanan dan minuman segera ini juga mempunyai rasa yang sedap dan lazat. Tetapi tahukah anda bahawa kebanyakan makanan segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi? Manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan krimer yang tinggi.

Melalui pengambilan makanan dan minuman segera ini, anda tidak boleh mengawal kandungan garam, gula, dan krimer ke dalam badan anda. Pengambilan jenis makanan dan minuman ini boleh memudaratkan tubuh badan dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, anda perlu tahu mengawal makanan dan minuman seperti ini, atau yang lebih baik cuba mengelakkannya kerana kebanyakannya juga mengandungi kandungan kalori yang tinggi.

Makanan dalam tin.
Kebanyakan makanan dalam tin pula mengandungi penambah perisa dan juga kandungan garam yang sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda.


Makanan bergoreng.
Setiap makanan bergoreng mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu, atau makanan digoreng dengan mentega atau telur yang banyak. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan bergoreng. Jika sesekali anda teringin makan makanan bergoreng, anda bolehlah menggoreng sendiri makanan tersebut supaya anda boleh memilih sendiri minyak yang baik dan sesuaikan dengan resepi anda.

Makanan segera.
Elakkan makanan segera dari diet harian anda. Kebanyakan makanan segera ini di goreng di dalam minyak dan jarang mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan. Hadkan pengambilan makanan segera kepada 1 – 2 kali sahaja setiap bulan.

Snek buah.
Kenapa anda makan snek buah padahal anda boleh makan buah yang sebenar? Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambah vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan ke dalam snek buah mereka, snek seperti ini juga mungkin mengandungi gula dan perisa tambahan. Pilihlah makanan semulajadi dan segar daripada makan makanan yang diproses seperti ini.