Welcome to NADA's blog!

Please enjoy your stay and learn as much as you can from the informative posts

 photo nada_zpsf2930329.jpg

We are NADA!

NADA stands for Nutrition And Dietetics Students' Association, one of the society in Faculty of Health Science, UiTM Puncak Alam.

Congratulations Super Senior!

NADA's first batch has completed their degree studies. Best of luck to all of you!

 photo templat_zps2acc94f0.jpg

Please Support Us!

Commenting and sharing our posts will help in increasing the nutrition awareness and further improvement of our blog

 photo foods_zps39051608.jpg

Start your healthy diet today!

Don't forget to exercise regularly and eat a healthy food everyday. Choose your healthy ingredients now!

 photo foods_zps39051608.jpg

Click this image for more details!

Come and join us from 13th to 15th of June 2013. Eat Well, Live Well, Stay Healthy!

Saturday 17 November 2012

NADA Esteem Building 2012

Pada 9 dan 10 November 2012, Pelajar Bahagian 1 dan 3 Pemakanan dan Dietetik telah menyertai satu program peningkatan jati diri yang dinamakan "NADA Esteem Building 2012" di Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang. Program selama 2 hari 1 malam ini padat dengan aktiviti yang mampu meningkatkan keyakinan diri serta nilai kerjasama antara ahli2 NADA. Walaupun keadaan cuaca pada malam program tersebut tidak begitu menggalakkan, namun segala aktiviti dapat diteruskan dengan lancar.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan :

- Slot Kerohanian : Keperibadian seseorang bermula dengan hati, oleh itu, slot ini merupakan satu ruang yang baik bagi muhasabah diri serta meningkatkan jati diri dengan mencipta visi dan misi dalam hidup. Video-video keagamaan ditayangkan sebagai terapi minda kepada semua ahli NADA.

- Merentas Halangan : Sebanyak 12 jenis halangan yang perlu ditempuhi dan setiap kumpulan perlu memastikan ahli2 kumpulan mereka berjaya mengharungi halangan2 tersebut. Antara 12 halangan ialah Halangan tembok, Spider net, Gelung tayar, Kargo net, Balancing "V", Commando crawl, Commando crop, Side walk, Straight walk, One step ladder, One step swing dan Titian balak.

- Sukan Air (Berakit) : Setiap kumpulan dikehendaki membuat rakit sendiri, kemudian berlumba rakit. Aktiviti ini membantu pelajar dalam bekerjasama dalam pembuatan rakit menggunakan buluh dan tong serta mendidik mereka mencipta strategi utk mengayuh rakit bagi mencipta kemenangan dalam perlumbaan.

Pelajar-pelajar dibahagikan kepada kumpulan khemah dan juga kumpulan aktiviti. Setiap kumpulan khemah bekerjasama dalam mendirikan khemah, memasak serta berjaga malam. Kumpulan aktiviti pula lebih kepada bekerjasama dalam penjanaan struktur organisasi kumpulan dimana mereka perlu sepakat dalam memberi nama kumpulan yang bertemakan kuih-muih tradisional, slogan dan juga sorakan. Semasa aktiviti dijalankan, mereka perlu bekerjasama dalam merentas halangan, membuat rakit dan juga berlumba rakit.

Sesi Ice Breaking sebelum Slot Kerohanian.

Senamrobik pagi, dilaksanakan selepas solat subuh berjemaah dan qiyamullail.

Merentas Halangan : Spider Net, menguji kejujuran dan strategi melepaskan diri.

Merentas Halangan : One Step Swing, menguji daya tahan fizikal dan mental.

Merentas Halangan : Side Walk, menguji daya imbang dan membina keyakinan diri.

Masa untuk membuat rakit. Masing2 sedang bekerjasama memikirkan strategi.

Rakit dah siap! Kini tiba masanya untuk naik rakit.

Perlumbaan rakit bermula!

Setelah selesai berakit, masa untuk mandi!!

Taklimat ringkas dari Pengarah Program, Raihan Rosidi setelah selesai menjalankan semua aktiviti. 

Wajah-wajah ceria bercampur kepenatan setelah melengkapkan segala aktiviti yang dijalankan. 


Antara khemah yang didirikan oleh salah satu ahli kumpulan ketika di kem.

Penantian untuk menjalankan aktiviti sukan air (berakit).

Beristirahat sambil makan tengahari mengikut kumpulan.

Juadah makan malam yang dimasak sendiri oleh setiap ahli kumpulan dan dihidangkan di atas dulang.

Platform perantara aktiviti merentas halangan dan sukan air (berakit)
Ucapan Perasmian penutup oleh Ketua Jabatan Pemakanan dan Dietetik, PM Datin Dr. Safiah Md. Yusof

Sunday 4 November 2012

NADA Under One Roof

NADA Under One Roof merupakan program silaturahim yang dianjurkan bagi mengumpulkan semua ahli2 NADA dalam satu program yang penuh dengan aktiviti. Program ini juga diadakan bagi menyambut kedatangan pelajar2 baru bagi pengambilan sesi 2012. Ianya berlangsung selama 2 hari di mana pada hari pertama , NADA Batch Meeting diadakan, manakala pada hari kedua diserikan dengan NADA Bonding Night.

Info berkenaan dengan NADA Under One Roof :

NADA Batch Meeting (Rabu - 26/9/2012)
Tempat : DK2, FSK 7.
Waktu : 4.30ptg - 6.00ptg
Aktiviti : Ucapan KJ dan Presiden NADA, Tayangan video aktiviti2 NADA, Slide perancangan aktiviti sepanjang semester, Perkenalan diri dari Super Junior (5th Batch), Ucapan dan kata2 semangat dari pensyarah2 serta staf dari Jabatan Pemakanan da Dietetik.

NADA Bonding Night (Khamis - 27/9/2012)
Tempat : NADA Student Centre, FSK 1,5.
Waktu : 8.00mlm - 10.30mlm

Aktiviti : Jamuan (Nasi Tomato dan pot-luck batch), Permainan Interaksi Jr-Sr, Sesi bertukar2 hadiah, Sesi bergambar.



Pensyarah2 dan Staf NAD menjamu selera.

Kata-kata semangat dari Penasihat NADA, Mdm Naleena.

Skuad NADA Sesi 2011-2012
Gambar kenangan dari 2nd Batch (Part 7)

Gambar kenangan dari 3rd Batch (Part 5)

Gambar kenangan dari 4th Batch (Part 3)

Gambar kenangan dari 5th Batch (Part 1)

Suasana ketika malam NADA Bonding Night di Student Centre.


Sesi bertukar-tukar hadiah.. Kerusi tu menjadi rebutan hangat pada malam tersebut.

Menjamu selera beramai-ramai.


Permainan Interaksi antara Senior-Junior
Antara jejaka-jejaka dari NADA.
Bye2~ Jumpa Lagi pada tahun hadapan.. dalam NADA Under One Roof!