Welcome to NADA's blog!

Please enjoy your stay and learn as much as you can from the informative posts

 photo nada_zpsf2930329.jpg

We are NADA!

NADA stands for Nutrition And Dietetics Students' Association, one of the society in Faculty of Health Science, UiTM Puncak Alam.

Congratulations Super Senior!

NADA's first batch has completed their degree studies. Best of luck to all of you!

 photo templat_zps2acc94f0.jpg

Please Support Us!

Commenting and sharing our posts will help in increasing the nutrition awareness and further improvement of our blog

 photo foods_zps39051608.jpg

Start your healthy diet today!

Don't forget to exercise regularly and eat a healthy food everyday. Choose your healthy ingredients now!

 photo foods_zps39051608.jpg

Click this image for more details!

Come and join us from 13th to 15th of June 2013. Eat Well, Live Well, Stay Healthy!

Friday 13 April 2012

Baikkah diet anda?


Memiliki tubuh langsing adalah idaman semua orang tetapi kebanyakannya menggunakan cara diet tersendiri untuk menurunkan berat badan mereka. Tetapi adakah cara diet yang diamalkan itu betul? Mungkin anda akan kehilangan berat badan seperti yang diinginkan. Bagaimana pula jika keadaan kesihatan anda terancam? Ikuti baik buruk diet sesuka hati ini.


1. Diet epal & detoks.


Makan hanya epal manis (selalunya epal merah) selama 7 hari berturut-turut. Setiap kali makan dua hingga tiga biji dan dalam sehari menjadi sampai lima hingga enam biji. Selain epal, hanya minum air dan mengambil suplemen untuk detoksifikasi. Tujuannya untuk menjadikan tubuh lebih segar dan pencernaan lebih lancar. Seminggu boleh turun sehingga 2 kilogram(kg).

Fakta: Buah-buahan hanya mengandungi vitamin dan karbohidrat. Tidak ada protein dan lemak seperti yang diperlukan oleh tubuh badan untuk menjalankan fungsinya setiap hari.

Komen Pakar: Menurut pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penurunan berat badan yang sihat adalah 1 hingga 1.5 kg/minggu dengan pengurangan makanan sebanyak 500 kalori/hari. Dalam setiap penurunan berat badan, sebaik-baiknya kurangkan jumlah lemak di dalam badan. Pengambilan buah-buahan untuk menurunkan berat badan bukan hanya menyebabkan jumlah lemak di dalam tubuh menurun, tetapi juga kandungan protein otot dan jumlah cairan di dalam tubuh berkurang.

Kehilangan air yang terlalu banyak dapat membahayakan ginjal. Bila berat badan kembali naik, kemungkinan lemak semakin meningkat. Sebenarnya tubuh kita mampu mendetoksifikasikan bahan-bahan beracun dan yang tidak diperlukan tubuh secara semulajadi. Proses detoksifikasi berlaku di hati. Jadi, pengambilan suplemen untuk detoksifikasi bukanlah satu keperluan.


2. Diet elak nasi.

Langsung tidak menyentuh nasi dan hanya sesekali makan roti atau mi, selebihnya makan sayur dan buah-buahan. Malah, makanan bergoreng, terus dielakkan. Minuman seperti kopi dan gula juga tiada di dalam menu seharian. Makan selepas jam 7 malam? Tidak sesekali!

Fakta: Makanan seperti nasi, roti dan mi semuanya mengandungi karbohidrat. Nasi yang berasal daripada beras merah sebenarnya lebih menyihatkan kerana ia bukan sahaja mengandungi karbohidrat tetapi juga kaya dengan protein dan serat.

Komen Pakar: Beras merah, kentang (dengan kulitnya), roti dari biji-bijian dan bijirin amat disarankan sebagai pengganti sumber karbohidrat. Karbohidrat yang mengandungi banyak serat dapat digunakan untuk mengendalikan kadar gula rendah, kadar lemak darah, dan juga berat badan. Jangan terus ‘bermusuh’ dengan nasi. Cara terbaik, kurangkan saja kuantitinya.

Ikut pola pemakanan sihat mengikut piramid makanan Asia bermula seperti hasil beras, tepung dan bijiran, diikuti dengan sayur dan buah-buahan. Seterusnya protein haiwan dan tumbuhan seperti susu rendah lemak, daging tanpa lemak dan kekacang dan akhir sekali makanan yang paling sedikit diambil seperti lemak atau minyak dan gula.


3.Makan tiga sudu.

Berat badan mudah naik bagi sesetengah orang, jadi diet seperti ini sering diamalkan. Sayur-sayuran menjadi sahabat baik. Lauk kegemaraan seperti ikan atau dada ayam tanpa kulit. Biasanya, makan secara perlahan-lahan agar mudah rasa kenyang. Juga banyak minum air putih.

Fakta: Makan dengan perlahan memberi peluang kepada otak untuk mengirimkan signal sudah kenyang. Cara begini membantu menggelakkan anda daripada makan berlebihan.

Komen Pakar: Pola pemakanan yang sihat, lengkap dengan air, karbohidrat, protein, lemak dan serat. Namun, masih kurang pengambilan protein tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan sehingga kekurangan keperluan vitamin dan mineral. Cuba variasikan sumber protein dengan menambah pengambilan makanan seperti kekacang. Nutrien makanan harus seimbang kerana tubuh amat memerlukannya.
Apatah lagi protein tumbuhan yang kaya dengan isoplavon sebagai antioksidan, fitestrogen sebagai sumber estrogen dari tumbuhan yang digunakan untuk meningkatkan kadar estrogen dalam tubuh dan fitesterol. Perhatikan juga cara memasak. Kurangkan menggoreng makanan. Makan tiga sudu sudah cukup kerana pengambilan sayur-sayuran sudah cukup banyak. Tambahan, sayur dan buah juga mengandungi karbohidrat yang tinggi serat.


Monday 2 April 2012

Fakta Pemakanan : Nasi



Nasi merupakan makanan ruji terluas di seluruh dunia. Bermula dari benua Asia, nasi menjadi semakin popular apabila ia mula tersebar sehingga ke Eropah melalui India lebih kurang seratus tahun dahulu. Sehingga kini, lebih kurang 92% pengeluar padi dunia datang dari benua Asia terutamanya dari Thailand, Vietnam, Indonesia, Jepun, Filipina, India dan China.

Persoalaannya, adakah nasi dikategorikan sebagai makanan yang sihat?
Semangkuk nasi dapat menyumbangkan pelbagai jenis nutrisi terutamanya dalam membekalkan tenaga kepada pengguna. Nasi juga datang dari pelbagai jenis iaitu beras putih, beras perang, beras hitam dan lain-lain dimana setiap jenis beras ini mengandungi kandungan nutrisi yang berbeza lebih-lebih lagi menurut kandungan serat dan karbohidratnya.

Fakta pemakanan bagi Nasi Putih

Nasi sangat kaya dengan serat dimana ianya sangat penting bagi proses penghadaman secara sihat. Ia juga sangat kaya dengan karbohidrat, nutrisi yang tidak asing lagi dalam membekalkan tenaga tetapi jika makan dalam kadar yang berlebihan, ia akan bertukar menjadi gula dan akan tersimpan di dalam badan serta di dalam sel lemak. Selain itu, nasi juga padat dengan vitamin dan mineral. Jika anda mencari makanan yang padat dengan kandungan nutrisi yang memberikan tenaga, nasi merupakan pilihan makanan yang tepat.


Jika anda mengambil nasi dalam hidangan makanan anda, semestinya anda tidak akan mengambilnya tanpa lauk. Nasi sangat universal dengan pelbagai jenis masakan beraneka rasa seperti pedas, manis, masin dan masam. Ia dapat bertindak sebagai penambah selera kepada masakan berlauk, sekali gus, pelbagai jenis nutrisi daripada lauk-pauk dapat diterapkan ke dalam sistem penghadaman. Ini menjadikan makanan yang berasaskan nasi merupakan makanan yang sangat kompleks dan kaya dengan pelbagai nutrisi. Selaras dengan Panduan Pemakanan Malaysia, mesej kekunci yang pertama iaitu, "Makan pelbagai jenis makanan mengikut pengambilan yang disarankan".

Sumber : vegonline.org
Sumber imej : google.com