Welcome to NADA's blog!

Please enjoy your stay and learn as much as you can from the informative posts

 photo nada_zpsf2930329.jpg

We are NADA!

NADA stands for Nutrition And Dietetics Students' Association, one of the society in Faculty of Health Science, UiTM Puncak Alam.

Congratulations Super Senior!

NADA's first batch has completed their degree studies. Best of luck to all of you!

 photo templat_zps2acc94f0.jpg

Please Support Us!

Commenting and sharing our posts will help in increasing the nutrition awareness and further improvement of our blog

 photo foods_zps39051608.jpg

Start your healthy diet today!

Don't forget to exercise regularly and eat a healthy food everyday. Choose your healthy ingredients now!

 photo foods_zps39051608.jpg

Click this image for more details!

Come and join us from 13th to 15th of June 2013. Eat Well, Live Well, Stay Healthy!

Tuesday 26 February 2013

Waktu terbaik makan buah-buahan

Waktu untuk mengambil buah-buahan ketika makan sentiasa menjadi isu hangat samada mengambilnya sebelum atau selepas makan. Secara kebiasaannya, kita mengambil buah-buahan sebagai pembuka selera mahupun pencuci mulut. Namun, apakah kebaikan yang akan kita dapat sekiranya memakan buah-buahan dalam waktu yang berbeza?

Pembuka Selera
Sesetengah pihak percaya memakan buah-buahan seelok-eloknya 30 minit hingga 1jam setengah sebelum makan. Ini dapat membantu dalam pembersihan sistem penghadaman dan juga meningkatkan selera makan seseorang. Tabiat ini akan memberi kesan mengikut tahap keasidan, tahap gula dan kalori yang terkandung di dalam buah yang diambil. Sebagai contoh, memakan buah-buahan yang tajam (buah yang tinggi kandungan asid) seperti nanas, mangga, plum, dan buah beri sebelum memakan makanan berat dalam tempoh 10 hingga 15 minit kemudian. Cara ini dapat mebangkitkan selera seseorang.
Di samping itu, memakan buah-buahan seperti pisang, anggur, kurma dan kismis mampu membekalkan kalori yang tinggi. Ini dapat menahan perut kita dari berasa lapar dalam jangka masa yang lebih panjang. Jalan yang terbaik adalah dengan menunggu rasa lapar itu hadir lebih kurang dalam 30 minit ke 1 jam sebelum mengambil makanan yang lain.



Pencuci mulut
Buah-buahan biasanya diambil selepas makan sebagai pencuci mulut dan perkara ini mejadi kebiasaan masyarakat sekarang. Asid dari buah melancarkan sistem penghadaman. Ia juga dipercayai protein-protein yang terkandung di dalam makanan dapat melambatkan penyerapan gula dari buah-buahan yang diambil selepas makan. Cara ini sangat bagus dilakukan oleh penghidap kencing manis (diabetes). Ada juga yang berpendapat, buah lebih baik jika diambil ketika perut telah kosong atau 3 jam selepas makan. Tabiat ini sesuai dilakukan oleh orang yang bekerja dengan makan tengahari di tempat kerja dan makan malam di rumah. Apabila mereka pulang ke rumah dengan perut yang kosong, mereka boleh mengambil buah-buahan sebelum makan malam dan cara ini juga dapat mengelakkan daripada sembelit.


Secara kesimpulannya, banyakkan memakan buah-buahan sekurang-kurangnya 2 sajian dalam sehari.

Sumber : Eat Well, Live Well
(Chia Joo Suan)

Wednesday 13 February 2013

Panduan Diet Malaysia 2010

Panduan Diet Malaysia 2010 telah digubal oleh pakar pemakanan bagi membantu anda menjadikan amalan pemakanan sihat sebahagian daripada gaya hidup anda. Anda boleh mendapat kelebihan daripada  amalan pemakanan sihat dengan mengikut 14 tip atau cadangan mudah di bawah :

1. Makan pelbagai jenis makanan mengikut pengambilan yang disarankan.
2. Kekalkan berat badan dalam julat sihat.
3. Aktif secara fizikal setiap hari.
4. Makan jumlah nasi dan produk bijirin lain (terutamanya bijirin penuh) dan ubi-ubian secukupnya.
5. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
6. Makan ikan, daging, ayam, itik, telur, kacang dan bijian secara sederhana.
7. Ambil susu dan produk tenusu yang mencukupi.
8. Hadkan pengambilan makanan tinggi lemak dan kurangkan lemak dan minyak dalam penyediaan makanan.
9. Pilih dan sediakan makanan kurang garam dan sos.
10. Ambil makanan dan minuman rendah gula.
11. Minum banyak air setiap hari.
12. Amalkan pemberian susu ibu secara eksklusif (tanpa makanan lain) dari lahir hingga 6 bulan dan terus menyusu sehingga berusia 2 tahun.
13. Ambil makanan dan minuman yang selamat dan bersih.
14. Gunakan maklumat pemakanan pada label makanan secara efektif.

PIRAMID MAKANAN MALAYSIA
Patuhi setiap sajian makanan setiap hari mengikut kumpulan makanan untuk mendapatkan pemakanan yang seimbang.

"MAKANAN SIHAT, MASYARAKAT CERGAS, NEGARA CEMERLANG"
Sumber : www.nutriweb.org.my

Tuesday 12 February 2013

Resipi Sihat : Ayam Goreng Yogurt

AYAM GORENG YOGURT
Hidangan untuk : 5 Orang

Ayam Goreng Yogurt
(Gambar hiasan)

Bahan-Bahan :
500g ayam (dipotong kecil dan dibuang kulit)
2 sudu makan cili (digiling atau dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar halus)
3 ulas bawang putih (dikisar halus)
1 inci halia (disagat halus)
1 tangkai daun kari
1 cawan yogurt
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak masak bagi menggoreng (dinasihatkan guna minyak zaitun atau minyak kanola)

Cara memasak :
1. Campurkan kesemua bahan dan perap ayam selama 30 minit.
2. Goreng ayam sehingga masak dan garing.
3. Hidangkan bersama nasi putih atau boleh dimakan begitu sahaja

KANDUNGAN BUTRISI BAGI SETIAP HIDANGAN :
Kalori            : 281 kcal
Karbohidrat   : 22 g
Protein           : 26 g
Lemak           : 9.8 g
Kalsium         : 120 mg
Zat besi         : 1.8 mg
Serat diet       : 1 mg

Selamat Mencuba!

Sumber : Resipi Sihat Makan Tengahari & Malam (Chef Hussin Khan)

Wednesday 6 February 2013

Senangnya kurangkan gula

Gula merupakan karbohidrat ringkas yang hanya membekalkan sumber tenaga dalam bentuk kalori tanpa nutrien yang lain. Saranan pengambilan gula harian ialah 50g iaitu 10 sudu teh sehari termasuk kandungan gula yang tersembunyi di dalam makanan.

Amalkan SATU sudu teh untuk satu cawan minuman anda.

Terdapat 7 Langkah Bijak untuk Mengurangkan Gula :

1. Minum air kosong bagi menggantikan minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap dan kordial.

2. Hadkan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.

3. Elakkan menambah gula dalam masakan dengan cara menyediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.

4. Elakkan makanan dan minuman bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.

5. Gantikan pencuci mulut kepada buah-buahan daripada mengambil makanan bergula seperti kuih, kek, bubur dan pengat.

6. Baca label dan elakkan produk yang menyenaraikan gula di bahagian awal senarai ramuan.

7. Pilih produk berlabel "rendah gula" dan "tanpa gula" / "bebas gula".

Nampak menarik kan? tapi AWAS!
Makanan seperti inilah yang menyumbang kepada penyakit seperti Diabetes, Obesiti, Sakit Jantung dan lain-lain.
ELAKKAN!
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Tuesday 5 February 2013

Memilih Ikan Segar

Tips untuk memilih ikan yang segar :

1. Pastikan isi ikan keras, tubuhnya saling terikat dan kulit masih melekat kuat dengan dagingnya.
(Apabila ditekan dengan jari, kulitnya tidak mudah tersiat dan bentuk isinya kembali ke bentuk asal.)

2. Penampilan ikan mestilah dalam keadaan bersih, tidak menggelupas, kulit bersinar dan berkilat.

3. Ikan yang segar memiliki insang yang berwarna merah terang dan bersih.

4. Mata ikan kelihatan jernih dan bersinar serta tidak layu ataupun cengkung.

5. Bau ikan yang segar tidak berbau busuk selain berbau hanyir semulajadi ikan. 
(Sekiranya ikan diletakkan di dalam ais, ikan itu tidak akan berbau hanyir sehingga ais itu cair.)


5 tips mudah untuk mengenal pasti ikan yang segar :
Isi, Penampilan, Insang, Mata dan Bau.
Sumber : www.trymasak.my