SELEPAS sebulan melatih diri berlapar dan dahaga serta mendisiplinkan tubuh kerana berpuasa, kehadiran Aidilfitri menyaksikan ramai kembali bebas mengamalkan diet asal. Malangnya, diet asal itu menjadi lebih berat apabila perut ‘dikejutkan’ dengan pelbagai hidangan sarat di rumah terbuka atau ketika mengunjungi rumah sanak saudara.
Aktiviti menziarahi sanak saudara juga bermakna setiap kali mereka akan makan dan minum menyebabkan jumlah pengambilan makanan seharian berganda. Selain juadah yang mewah minyak dan lemak, minumannya pula terlebih manis dalam bentuk air berkarbonat.
Lalu timbul persoalan - bagaimana mahu mendapatkan makanan ‘baik’ atau berkhasiat dan mengelak makanan tidak baik atau berisiko. Hakikatnya, aspek pemakanan sedemikian terlalu subjektif untuk dibincangkan kerana berkait rapat dengan persepsi. Ia perlu dilihat dari beberapa sudut seperti kesannya terhadap individu normal yang sihat, yang berpenyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi, kanak-kanak yang sedang membesar dan ibu mengandung.
Bagi mereka yang berpenyakit dan wanita mengandung, diet mereka tertakluk kepada makanan yang mengandungi keseimbangan nutrisi, vitamin dan mineral selain pengambilan ubat-ubatan dan suntikan. Bila tiba Aidilfitri, mereka perlu mengubahsuai pengambilan makanan mengikut keperluan dan bukannya perasaan.
Tip diet lebaran
Kekalkan pengambilan karbohidrat kerap tapi berpada.
Elakkan sikap pantang jumpa dan suka mencuba makanan baru.
Pesakit yang mengambil ubat kencing manis, darah tinggi atau kolesterol, boleh mengubahsuai ubatan mengikut diet yang sesuai.
Paling utama, amalkan disiplin diri. Tidak salah untuk menjamu selera pada hari raya, tetapi hadkan pada hari pertama saja. Janganlah pula amalan itu berterusan selama sebulan.
Masuk hari kedua, buatlah pengubahsuaian terutama pesakit yang mengambil insulin dan perlu menjaga kadar gula dalam darah.
Elakkan memakan banyak makanan berlemak dan tinggi karbohidrat.
Kurang gula, garam, minyak
Gula sebenarnya boleh wujud secara semula jadi (dalam buah-buahan, sayur-sayuran berkanji, susu dan hasil tenusu) atau secara tersembunyi (gula yang ditambah semasa memproses makanan dan semasa memasak di rumah. Contohnya minuman ringan, minuman kordial, minuman bergula, gula-gula serta kuih-muih tradisional).
Mengurangkan gula
Perlu diingat, pengambilan gula yang sederhana dalam sehari adalah dalam lingkungan 10 sudu teh (50 gram) termasuk bagi gula semula jadi atau gula tersembunyi. Namun gula dalam minuman adalah amat berbahaya kerana badan kita tidak dapat tukarkan gula ini kepada tenaga. Gula yang terkumpul ini akan ditukar kepada lemak yang menyebabkan seseorang itu gemuk dan berisiko mengidap penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung. Gigi juga boleh rosak.
Mengurangkan garam
Garam diperlukan dalam menyedapkan juadah makanan. Tetapi pengambilan garam secara berlebihan membahayakan kesihatan. Kita memerlukan garam dalam kuantiti yang sedikit. Ini kerana garam yang berlebihan berkait dengan tekanan darah tinggi. Jadi, sepanjang lebaran pastikan tidak menggunakan garam secara berlebihan. Selain itu, bahan-bahan makanan seperti herba (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang) boleh juga dijadikan pengganti dalam menyedapkan juadah. Bahan-bahan seperti ini kurang bahan perisa dan ia juga mempunyai khasiat tersendiri yang baik untuk kesihatan.
Mengurangkan minyak
Apabila menjelang lebaran, masyarakat kita banyak menggunakan minyak dalam masakan. Ini ditambah pula dengan penggunaan santan untuk membuat rendang sedangkan minyak yang berlebihan dalam masakan boleh mengundang penyakit. Untuk rendang, cuba elakkan menggunakan minyak masak. Cukuplah hanya menggunakan santan sahaja kerana santan boleh bertindak sebagai minyak. Jadi, apabila minyak dan santan digunakan sekali, ia menyebabkan minyak berlebihan.
Melebihkan buah-buahan
Makanan ini sering dilupakan semasa menghidang juadah semasa lebaran. Apa kata, gunakan buah-buahan untuk dijadikan pengganti pemanis mulut. Buah-buahan pelbagai rasa, warna, bentuk dapat menarik tetamu. Lebih menarik, ia kaya vitamin C yang amat diperlukan badan.
Melebihkan sayur-sayuran
Selain hidangan daging dan ayam, sayur-sayuran yang kaya serat dan zat mineral ini juga boleh dijadikan juadah. Ini kerana kandungannya itu amat penting bagi tubuh dan sistem penghadaman. Kehadiran serat ini dapat membantu mengurangkan tahap kolesterol darah. Sehubungan itu, hidangan sayur-sayuran amat penting semasa menikmati juadah lebaran kerana dapat mengimbangi diet kita terutama sekali tahap kolesterol darah yang terhasil daripada pengambilan daging dan ayam. Misalnya, semasa memasak mi goreng, lebihkan sayur-sayuran sebagai rencah utama.
Sumber: Kementerian Kesihatan