Pada 9 dan 10 November 2012, Pelajar Bahagian 1 dan 3 Pemakanan dan Dietetik telah menyertai satu program peningkatan jati diri yang dinamakan "
NADA Esteem Building 2012" di Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang. Program selama 2 hari 1 malam ini padat dengan aktiviti yang mampu meningkatkan keyakinan diri serta nilai kerjasama antara ahli2 NADA. Walaupun keadaan cuaca pada malam program tersebut tidak begitu menggalakkan, namun segala aktiviti dapat diteruskan dengan lancar.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan :
-
Slot Kerohanian : Keperibadian seseorang bermula dengan hati, oleh itu, slot ini merupakan satu ruang yang baik bagi muhasabah diri serta meningkatkan jati diri dengan mencipta visi dan misi dalam hidup. Video-video keagamaan ditayangkan sebagai terapi minda kepada semua ahli NADA.
-
Merentas Halangan : Sebanyak 12 jenis halangan yang perlu ditempuhi dan setiap kumpulan perlu memastikan ahli2 kumpulan mereka berjaya mengharungi halangan2 tersebut. Antara 12 halangan ialah Halangan tembok, Spider net, Gelung tayar, Kargo net, Balancing "V", Commando crawl, Commando crop, Side walk, Straight walk, One step ladder, One step swing dan Titian balak.
-
Sukan Air (Berakit) : Setiap kumpulan dikehendaki membuat rakit sendiri, kemudian berlumba rakit. Aktiviti ini membantu pelajar dalam bekerjasama dalam pembuatan rakit menggunakan buluh dan tong serta mendidik mereka mencipta strategi utk mengayuh rakit bagi mencipta kemenangan dalam perlumbaan.
Pelajar-pelajar dibahagikan kepada kumpulan khemah dan juga kumpulan aktiviti. Setiap kumpulan khemah bekerjasama dalam mendirikan khemah, memasak serta berjaga malam. Kumpulan aktiviti pula lebih kepada bekerjasama dalam penjanaan struktur organisasi kumpulan dimana mereka perlu sepakat dalam memberi nama kumpulan yang bertemakan kuih-muih tradisional, slogan dan juga sorakan. Semasa aktiviti dijalankan, mereka perlu bekerjasama dalam merentas halangan, membuat rakit dan juga berlumba rakit.
|
Sesi Ice Breaking sebelum Slot Kerohanian. |
|
Senamrobik pagi, dilaksanakan selepas solat subuh berjemaah dan qiyamullail. |
|
Merentas Halangan : Spider Net, menguji kejujuran dan strategi melepaskan diri. |
|
Merentas Halangan : One Step Swing, menguji daya tahan fizikal dan mental. |
|
Merentas Halangan : Side Walk, menguji daya imbang dan membina keyakinan diri. |
|
Masa untuk membuat rakit. Masing2 sedang bekerjasama memikirkan strategi. |
|
Rakit dah siap! Kini tiba masanya untuk naik rakit. |
|
Perlumbaan rakit bermula! |
|
Setelah selesai berakit, masa untuk mandi!! |
|
Taklimat ringkas dari Pengarah Program, Raihan Rosidi setelah selesai menjalankan semua aktiviti. |
|
Wajah-wajah ceria bercampur kepenatan setelah melengkapkan segala aktiviti yang dijalankan. |
|
Antara khemah yang didirikan oleh salah satu ahli kumpulan ketika di kem. |
|
Penantian untuk menjalankan aktiviti sukan air (berakit). |
|
Beristirahat sambil makan tengahari mengikut kumpulan. |
|
Juadah makan malam yang dimasak sendiri oleh setiap ahli kumpulan dan dihidangkan di atas dulang. |
|
Platform perantara aktiviti merentas halangan dan sukan air (berakit) |
|
Ucapan Perasmian penutup oleh Ketua Jabatan Pemakanan dan Dietetik, PM Datin Dr. Safiah Md. Yusof |