Friday 16 March 2012

NADA UiTM blogsite


Assalamualaikum & salam sejahtera...

Blog ini merupakan blog rasmi Nutrition & Dietetics Students' Association (NADA) atau Persatuan Pelajar Pemakanan & Dietetik yang terdiri daripada para pelajar UiTM jurusan tersebut. Blog ini diadakan bertujuan untuk:

- Memberi informasi mengenai cara pemakanan sihat.
- Menyediakan resepi-resepi makanan sihat.
- Memberi informasi mengenai makanan.
- Melaporkan kegiatan aktiviti yang dijalankan oleh ahli NADA.
- Menghebahkan kewujudan & peranan NADA kepada masyarakat.


Untuk pengetahuan umum, para pelajar jurusan Pemakanan & Dietetik ini bakal bergelar pegawai dietetik (dietitian) setelah mereka tamat pengajian. Peranan seorang pegawai dietetik ialah:

- Menyelia penyediaan & perkhidmatan makanan.
- Mengubah suai diet mengikut keperluan individu atau kumpulan tertentu.
- Mengambil bahagian dalam penyelidikan.
- Membantu dalam mendidik individu atau kumpulan ke arah tabiat pemakanan yang baik.

Kurangnya pendedahan mengenai cara pemakanan yang di kalangan masyarakat menyebabkan peningkatan peratusan risiko untuk menghidap penyakit-penyakit kronik walaupun di usia muda seperti diabetes (kencing manis) & tekanan darah tinggi yang membawa kepada masalah jantung serta masalah obesiti yang merupakan fenomena terkini. Salah satu cara untuk mengurangkan atau mengatasi masalah-masalah tersebut adalah melalui cara pemakanan yang baik. Setiap individu bertanggungjawab ke atas diri sendiri. Segalanya bermula di atas kemahuan sendiri.


"Bijak Memilih Kekal Sihat"

sumber: Google image, Wikipedia 

0 comments:

Post a Comment