Nasi merupakan makanan ruji terluas di seluruh dunia. Bermula dari benua Asia, nasi menjadi semakin popular apabila ia mula tersebar sehingga ke Eropah melalui India lebih kurang seratus tahun dahulu. Sehingga kini, lebih kurang 92% pengeluar padi dunia datang dari benua Asia terutamanya dari Thailand, Vietnam, Indonesia, Jepun, Filipina, India dan China.
Persoalaannya, adakah nasi dikategorikan sebagai makanan yang sihat?
Semangkuk nasi dapat menyumbangkan pelbagai jenis nutrisi terutamanya dalam membekalkan tenaga kepada pengguna. Nasi juga datang dari pelbagai jenis iaitu beras putih, beras perang, beras hitam dan lain-lain dimana setiap jenis beras ini mengandungi kandungan nutrisi yang berbeza lebih-lebih lagi menurut kandungan serat dan karbohidratnya.
Fakta pemakanan bagi Nasi Putih |
Nasi sangat kaya dengan serat dimana ianya sangat penting bagi proses penghadaman secara sihat. Ia juga sangat kaya dengan karbohidrat, nutrisi yang tidak asing lagi dalam membekalkan tenaga tetapi jika makan dalam kadar yang berlebihan, ia akan bertukar menjadi gula dan akan tersimpan di dalam badan serta di dalam sel lemak. Selain itu, nasi juga padat dengan vitamin dan mineral. Jika anda mencari makanan yang padat dengan kandungan nutrisi yang memberikan tenaga, nasi merupakan pilihan makanan yang tepat.
Jika anda mengambil nasi dalam hidangan makanan anda, semestinya anda tidak akan mengambilnya tanpa lauk. Nasi sangat universal dengan pelbagai jenis masakan beraneka rasa seperti pedas, manis, masin dan masam. Ia dapat bertindak sebagai penambah selera kepada masakan berlauk, sekali gus, pelbagai jenis nutrisi daripada lauk-pauk dapat diterapkan ke dalam sistem penghadaman. Ini menjadikan makanan yang berasaskan nasi merupakan makanan yang sangat kompleks dan kaya dengan pelbagai nutrisi. Selaras dengan Panduan Pemakanan Malaysia, mesej kekunci yang pertama iaitu, "Makan pelbagai jenis makanan mengikut pengambilan yang disarankan".
Sumber : vegonline.org
Sumber imej : google.com
0 comments:
Post a Comment