Sunday 2 June 2013

Resipi Khusus Pesakit Dialisis

TIP MASAKAN SIHAT


  • Hadkan garam kepada 1/4 hingga 1/2 sudu teh rata
  • Hadkan kicap kepada 1/2 sudu besar (bagi masakan hidangan untuk 4 orang)
  • Gunakan sos tiram dalam kuantiti yang sedikit
  • Rendamkan ikan bilis dalam air panas dan buangkan air. Jumlah ikan bilis juga perlu dihadkan
  • Tambahkan rempah asli seperti bawang, lada hitam, lada sulah, kayu manis, bunga lawang, daun kari, jintan, dan ketumbar dalam jumlah yang sederhana bagi menyedapkan rasa dan bau makanan sebagai pengganti garam atau perencah masakan
  • Bagi membangkitkan rasa makanan, taburkan sedikit bawang goreng yang digoreng sendiri. Elakkan menggunakan bawang goreng yang dibeli kerana kandungan sodiumnya yang tinggi
CARA MENGAWAL POTASSIUM

  • Rebus ubi kentang menggunakan air yang banyak dan buangkan airnya
  • Pilih sayur daripada jenis rendah potassium seperti terung, kacang botol, kacang buncis, dan petola bagi membekalkan keperluan serat harian
  • Penggunaan daun sup dan daun bawang perlu dihadkan
  • Sawi dipotong kecil dan direndam dalam air panas seketika dan buangkan airnya
CARA MENGAWAL FOSFAT

  • Ayam direbus hingga masak sebelum ayam digoreng
  • Gunakan daging atau ayam segar yang dicincang sendiri berbanding daging atau ayam cincang yang diproses
  • Elakkan mengambil kuning telur dan air rebusan ikan

Sumber : Resipi Pesakit Dialisis 2013

0 comments:

Post a Comment