Hari Interaksi Intervarsiti Pemakanan dan Dietetik merupakan sebuah program yang menggabungkan pelajar-pelajar dalam bidang Pemakanan dan Dietetik dari Universiti yang menawarkan kos tersebut. Pada tahun 2013, program ini telah dilaksanakan buat kali ke-3 dengan penyertaan 5 buah universiti iaitu UPM, UiTM, UKM, UIAM dan MSU. Pada kali pertamanya, IMU telah menjadi hos dengan penyertaan 3 buah universiti sahaja. Pada kali kedua, penyertaan kian bertambah kepada 4 buah universiti yang dijalankan di UiTM. Kali ini, pada tahun 2013, program ini semakin mendapat galakan dan dilaksanakan di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 27 April 2013.
Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan yang dapat mengeratkan hubungan pelajar Pemakanan dan Dietetik dari universiti yang berlainan. Antara aktiviti yang dilaksanakan pada hari interaksi tersebuat ialah :
- Ceramah Kerjaya Pemakanan dan Dietetik.
- Pertandingan Filem Pendek.
- Ice Breaking.
- Foods War Explorace.
- Cooking Competition.
- Malam Kebudayaan.
Sukacita dimaklumkan, NADA UiTM telah mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Filem Pendek dengan tajuk filemnya, "Fantasi Hipertensi". Sebuah filem pendek bergenrekan Fantasi / Sci-Fi dan bertemakan Hipertensi / Sakit Darah Tinggi.
|
Hari Interaksi Intervarsiti Pemakanan dan Dietetik 2013 (UPM) |
|
Antara Universiti yang menghadiri - MSU, UKM, UPM, UiTM, UIAM. |
|
Pelajar-pelajar NADA yang mewakili UiTM. |
|
Sebelum ceramah kerjaya bermula. |
|
Sesi Ice-breaking. Waktu ni lah nak kenal2 budak2 dari Universiti lain. |
|
Explorace - kena kenalpasti gaya. Setiap checkpoint yang berjaya akan dapat ramuan utk Cooking Competition. |
|
Explorace - Sedang mendengar briefing di salah satu checkpoint. |
|
Explorace - Passkan getah menggunakan straw. |
|
Explorace - Antara tugasan di checkpoint, sarungkan ahli kumpulan dengan sehelai kertas. |
|
Cooking competition - Memasak dengan menggunakan bahan2 yang dikumpulkan dari checkpoint. |
|
Selesai memasak, possing sket~ |
|
Pengadilan uji rasa dari Cooking Competition. |
|
Peserta2 bersedia untuk malam kebudayaan. |
|
Antara hidangan yang mereka masak. |
|
Malam kebudayaan. |
Kami berharap agar program ini akan diteruskan dengan lebih baik dan lebih penyertaan terutama dari UniSZA dan USM. =)
0 comments:
Post a Comment