Wednesday 31 July 2013

Warna-warni yang menyihatkan

Sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai pelbagai jenis warna seperti hijau, kuning, oren, merah, ungu dan juga putih. Tahukah anda setiap warna-warna dari sayur dan buah itu mempunyai khasiatnya yang tersendiri?

Sayur dan buah mempunyai warna disebabkan oleh kandungan fitokimia iaitu sejenis kompaun bioaktif yang merupakan pigmen semulajadi tumbuh-tumbuhan. Fitokimia bukanlah sejenis nutrien yang memberikan tenaga, tapi ia memainkan peranan untuk memberi khasiat-khasiat yang tidak boleh didapati di makanan lain.

Sayur-sayuran dan buah-buahan yang mempunyai warna berikut dapat membantu dalam :

Warna Hijau

  • Menguatkan tulang dan gigi
  • Menyihatkan mata
  • Mengurangkan risiko kanser

Hijau : Bayam, Brokoli, Timun, Saderi, Kailan, Sawi, Lada benggala hijau dll

Warna Merah
  • Meningkatkan kesihatan jantung
  • Menguatkan daya ingatan
  • Menyihatkan saluran kencing
  • Mengurangkan risiko kanser 
Merah : Tomato, Cili, Lada benggala merah, Strawberi, Epal merah dll


 Warna Kuning / Oren
  • Meningkatkan kesihatan jantung
  • Menyihatkan mata
  • Meningkatkan sistem daya imunisasi
  • Mengurangkan risiko kanser
Kuning / Oren : Labu, Lobak, Aprikot, Pic, Lada benggala kuning dll


Warna Putih
  • Menyihatkan kesihatan jantung
  • Meneruskan tahap kolestrol yang sihat
  • Mengurangkan risiko kanser
Putih : Lobak putih, Sengkuang, Bawang putih, Kobis bunga, Sawi putih dll


Warna Ungu
  • Meningkatkan daya ingatan
  • Melambatkan proses penuaan
  • Menyihatkan saluran kencing
  • Mengurangkan risiko kanser
Ungu : Terung, Kobis ungu, Bit, Keledek, Bayam merah dll

Selain fitokimia, sayur-sayuran dan buah-buahan juga mengandungi bahan antioksida seperti vitamin, mineral dan enzim yang melindungi sel tubuh daripada kerosakan akibat proses pengoksidaan dalam badan.

Mulakan hari anda dengan pelbagai warna sayur dan buah untuk meningkatkan tahap kesihatan anda hari ini!

0 comments:

Post a Comment