Wednesday 10 July 2013

NADA's Open Day 2013

NADA's Open Day 2013 telah dijalankan di UiTM Puncak Alam pada 13 hingga 15 Jun 2013 dengan jayanya dan mendapat sambutan yang hangat dari warga UiTM Puncak Alam dari pelbagai fakulti dan Asasi.

Fokus NADA's Open Day 2013 yang bertemakan "Fruits & Veggies Lover" ialah untuk menitikberatkan tentang pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam pengambilan seharian, disamping untuk memperkenalkan Jabatan dan Persatuan Pelajar Pemakanan dan Dietetik di UiTM.

Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang 3 hari program itu berlangsung. Antaranya ialah :

1) Festival Jualan Buah-buahan
- Jualan buah-buahan tempatan yang berlangsung selama 2 hari mendapat sambutan yang sangat menggalakkan kerana harga yang berpatutan serta variasi buah-buahan untuk dipilih. Buah-buahan yang dijual termasuklah tembikai, nanas, betik, pisang, nangka, jambu batu, mangga dan lain-lain. Buah-buahan tersebut telah dibekalkan oleh pihak FAMA.

Proses pemotongan buah untuk dijual

Antara buah-buahan yang dijual

Potong, potong, potong!!

Mari beli! Buah-buahan segar dan lazat!


2) Program Nutrition Oasis
- Program ini merupakan program di bawah subjek Medical Nutrition Therapy 1 yang dijalankan oleh pelajar Semester 4 (Tahun ke-2). Program ini merupakan gugusan aktiviti termasuk pemeriksaan kesihatan, kaunseling pemakanan, pameran, permainan interaktif, demo masakan dan jualan. Latar belakang program Nutrition Oasis bertemakan budaya dari timur tengah kerana terdapat pengimplimentasian dari segi pemakanan Sunnah dan Mediterrinean dari tapak pameran dan juga permainan interaktif.

Ruang pameran bersama Replika Piramid Makanan Malaysia

Sesi Kaunseling

Permainan Interaktif, uji rasa makanan, kuiz dan susun piramid makanan

Sesi kaunseling serta evaluasi pemarkahan

Kaunseling pemakanan


3) Pertandingan dan Explorace
- Pelbagai pertandingan telah dijalankan termasuk Food Pyramid Makeover, Pertandingan Hias Kek, Pertandingan Makan Buah Paling Pantas, Fruits Fun Quiz dan juga Food War Explorace. Kesemua pertandingan dijalankan pada hari ke-2 kecuali Food War Explorace yang dijalankan pada hari ke-3. Peserta-peserta pertandingan adalah terdiri dari persatuan-persatuan dalaman Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Pengurusan Perniagaan dan juga dari pelajar-pelajar Asasi Sains.

Pertandingan Hias Kek menggunakan buah-buahan

Pertandingan Makan Buah-buahan paling pantas

Food Pyramid Makeover : Team MISA

Food Pyramid Makeover : Team PPPCK

Kek yang siap dihias!

Sebelum bermula pertandingan makan pusingan ke-4

Pertandingan Makan Buah mendapat sambutan hangat dengan sokongan padu dari rakan-rakan peserta

Gigih menghias kek

Pelbagai jenis buah digunakan untuk menghias kek

Fun Fruits Quiz, sedang tekun mencari jawapan

Mencari jawapan di board pameran untuk kuiz


FOOD WAR EXPLORACE


CHECKPOINT : Ape yang penting? Kerjasama!

CHECKPOINT : Food BINGO!

CHECKPOINT : Cer Rasa

CHECKPOINT : Instagram rosak

CHECKPOINT : Kiri dan kanan

Sedang giat berusaha melepasi halangan

Peserta dari Team EHSAn

Peserta Asasi 1

Peserta Asasi 2

Peserta dan juga penjaga checkpoint

Makanan-makanan untuk Food BINGO!


0 comments:

Post a Comment