Wednesday 6 February 2013

Senangnya kurangkan gula

Gula merupakan karbohidrat ringkas yang hanya membekalkan sumber tenaga dalam bentuk kalori tanpa nutrien yang lain. Saranan pengambilan gula harian ialah 50g iaitu 10 sudu teh sehari termasuk kandungan gula yang tersembunyi di dalam makanan.

Amalkan SATU sudu teh untuk satu cawan minuman anda.

Terdapat 7 Langkah Bijak untuk Mengurangkan Gula :

1. Minum air kosong bagi menggantikan minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap dan kordial.

2. Hadkan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.

3. Elakkan menambah gula dalam masakan dengan cara menyediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.

4. Elakkan makanan dan minuman bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.

5. Gantikan pencuci mulut kepada buah-buahan daripada mengambil makanan bergula seperti kuih, kek, bubur dan pengat.

6. Baca label dan elakkan produk yang menyenaraikan gula di bahagian awal senarai ramuan.

7. Pilih produk berlabel "rendah gula" dan "tanpa gula" / "bebas gula".

Nampak menarik kan? tapi AWAS!
Makanan seperti inilah yang menyumbang kepada penyakit seperti Diabetes, Obesiti, Sakit Jantung dan lain-lain.
ELAKKAN!
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

0 comments:

Post a Comment