Tips untuk memilih ikan yang segar :
1. Pastikan isi ikan keras, tubuhnya saling terikat dan kulit masih melekat kuat dengan dagingnya.
(Apabila ditekan dengan jari, kulitnya tidak mudah tersiat dan bentuk isinya kembali ke bentuk asal.)
2. Penampilan ikan mestilah dalam keadaan bersih, tidak menggelupas, kulit bersinar dan berkilat.
3. Ikan yang segar memiliki insang yang berwarna merah terang dan bersih.
4. Mata ikan kelihatan jernih dan bersinar serta tidak layu ataupun cengkung.
5. Bau ikan yang segar tidak berbau busuk selain berbau hanyir semulajadi ikan.
(Sekiranya ikan diletakkan di dalam ais, ikan itu tidak akan berbau hanyir sehingga ais itu cair.)
5 tips mudah untuk mengenal pasti ikan yang segar : Isi, Penampilan, Insang, Mata dan Bau. |
Sumber : www.trymasak.my
0 comments:
Post a Comment