Welcome to NADA's blog!

Please enjoy your stay and learn as much as you can from the informative posts

 photo nada_zpsf2930329.jpg

We are NADA!

NADA stands for Nutrition And Dietetics Students' Association, one of the society in Faculty of Health Science, UiTM Puncak Alam.

Congratulations Super Senior!

NADA's first batch has completed their degree studies. Best of luck to all of you!

 photo templat_zps2acc94f0.jpg

Please Support Us!

Commenting and sharing our posts will help in increasing the nutrition awareness and further improvement of our blog

 photo foods_zps39051608.jpg

Start your healthy diet today!

Don't forget to exercise regularly and eat a healthy food everyday. Choose your healthy ingredients now!

 photo foods_zps39051608.jpg

Click this image for more details!

Come and join us from 13th to 15th of June 2013. Eat Well, Live Well, Stay Healthy!

Friday, 4 May 2012

Perlukah pengambilan suplemen?


Biasanya, orang dewasa yang sihat dan mengambil makanan seimbang yang merangkumi semua kumpulan makanan tidak memerlukan suplemen (makanan tambahan). Kebanyakan keperluan pemakanan boleh dipenuhi melalui makanan, terutamanya jika mengamalkan diet pelbagai dan seimbang berasaskan Piramid Makanan Malaysia. Secara amnya, makanan segar mempunyai lebih banyak faedah berbanding dengan suplemen.

Membekalkan lebih banyak nutrien
Makanan biasanya membekalkan pelbagai nutrien yang diperlukan. Contohnya oren membekalkan vitamin C, beta-karoten, dan banyak nutrien lain sementara suplemen vitamin C hanya membekalkan vitamin C sahaja.

Mengandungi serat yang penting
Makanan seperti bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran, dan kekacang membekalkan serat yang bermanfaat dalam mencegah penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung.

Bahan perlindungan yang bermanfaat
Selain daripada nutrien, sesetengah makanan mengandungi bahan semula jadi seperti fitokimia yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Fitokimia membantu melindungi daripada kanser, penyakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi. Sesetengah fitokimia juga adalah sumber antioksidan yang baik, yang membantu untuk melambatkan proses pengoksidaan- proses yang menyebabkan kerosakan sel dan tisu.

Namun terdapat kumpulan individu tertentu yang mungkin memerlukan pengambilan suplemen, seperti:

Wanita mengandung harus mengambil suplemen zat besi pranatal dan juga 400µg asid folik sehari. Ini hanya boleh dicapai melalui suplemen atau makanan yang diperkayakan dengan asid folik. Malah suplemen asid folik harus diambil sebelum mengandung. Asid folik bagus untuk wanita kerana ia akan menguatkan rahim. Bagi wanita yang mengandung, asid folik membantu dalam pembentukan tulang belakang dan otak bayi. Kekurangannya akan menyebabkan kecacatan pada bayi yang dipanggil “Neural Tube Defects” atau NTD. 


Neural Tube Defects

Warga emas tidak dapat makan dengan baik atau mempunyai masalah pengunyahan kerana kehilangan gigi atau gigi palsu yang tidak muat dengan betul.

Pengamal diet vegetarian yang mengambil pilihan makanan yang terhad memerlukan suplemen vitamin B-12. Vitamin B-12 boleh didapati daripada makanan yang diperkayakan dengan vitamin B-12 seperti bijirin, atau suplemen.


Umumnya, kanak-kanak tidak memerlukan apa-apa suplemen. Namun jika kanak-kanak memilih makanan tertentu dan makan terlalu sedikit sehingga menyebabkan pertumbuhan terjejas, suplemen diet mungkin akan disyorkan sebagai langkah pendek untuk memastikan mereka mendapat semua keperluan pemakanan. Adalah penting bagi mendapatkan nasihat daripada pakar pemakanan atau pakar diet tentang jenis suplemen yang diperlukan dan tempoh pengambilannya. Jangan mengambil suplemen atas keputusan sendiri kerana pengambilan berlebihan suplemen seperti vitamin A dan vitamin E boleh menyebabkan kesan toksik.

Sumber: Pemakanan & keluarga

Friday, 13 April 2012

Baikkah diet anda?


Memiliki tubuh langsing adalah idaman semua orang tetapi kebanyakannya menggunakan cara diet tersendiri untuk menurunkan berat badan mereka. Tetapi adakah cara diet yang diamalkan itu betul? Mungkin anda akan kehilangan berat badan seperti yang diinginkan. Bagaimana pula jika keadaan kesihatan anda terancam? Ikuti baik buruk diet sesuka hati ini.


1. Diet epal & detoks.


Makan hanya epal manis (selalunya epal merah) selama 7 hari berturut-turut. Setiap kali makan dua hingga tiga biji dan dalam sehari menjadi sampai lima hingga enam biji. Selain epal, hanya minum air dan mengambil suplemen untuk detoksifikasi. Tujuannya untuk menjadikan tubuh lebih segar dan pencernaan lebih lancar. Seminggu boleh turun sehingga 2 kilogram(kg).

Fakta: Buah-buahan hanya mengandungi vitamin dan karbohidrat. Tidak ada protein dan lemak seperti yang diperlukan oleh tubuh badan untuk menjalankan fungsinya setiap hari.

Komen Pakar: Menurut pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penurunan berat badan yang sihat adalah 1 hingga 1.5 kg/minggu dengan pengurangan makanan sebanyak 500 kalori/hari. Dalam setiap penurunan berat badan, sebaik-baiknya kurangkan jumlah lemak di dalam badan. Pengambilan buah-buahan untuk menurunkan berat badan bukan hanya menyebabkan jumlah lemak di dalam tubuh menurun, tetapi juga kandungan protein otot dan jumlah cairan di dalam tubuh berkurang.

Kehilangan air yang terlalu banyak dapat membahayakan ginjal. Bila berat badan kembali naik, kemungkinan lemak semakin meningkat. Sebenarnya tubuh kita mampu mendetoksifikasikan bahan-bahan beracun dan yang tidak diperlukan tubuh secara semulajadi. Proses detoksifikasi berlaku di hati. Jadi, pengambilan suplemen untuk detoksifikasi bukanlah satu keperluan.


2. Diet elak nasi.

Langsung tidak menyentuh nasi dan hanya sesekali makan roti atau mi, selebihnya makan sayur dan buah-buahan. Malah, makanan bergoreng, terus dielakkan. Minuman seperti kopi dan gula juga tiada di dalam menu seharian. Makan selepas jam 7 malam? Tidak sesekali!

Fakta: Makanan seperti nasi, roti dan mi semuanya mengandungi karbohidrat. Nasi yang berasal daripada beras merah sebenarnya lebih menyihatkan kerana ia bukan sahaja mengandungi karbohidrat tetapi juga kaya dengan protein dan serat.

Komen Pakar: Beras merah, kentang (dengan kulitnya), roti dari biji-bijian dan bijirin amat disarankan sebagai pengganti sumber karbohidrat. Karbohidrat yang mengandungi banyak serat dapat digunakan untuk mengendalikan kadar gula rendah, kadar lemak darah, dan juga berat badan. Jangan terus ‘bermusuh’ dengan nasi. Cara terbaik, kurangkan saja kuantitinya.

Ikut pola pemakanan sihat mengikut piramid makanan Asia bermula seperti hasil beras, tepung dan bijiran, diikuti dengan sayur dan buah-buahan. Seterusnya protein haiwan dan tumbuhan seperti susu rendah lemak, daging tanpa lemak dan kekacang dan akhir sekali makanan yang paling sedikit diambil seperti lemak atau minyak dan gula.


3.Makan tiga sudu.

Berat badan mudah naik bagi sesetengah orang, jadi diet seperti ini sering diamalkan. Sayur-sayuran menjadi sahabat baik. Lauk kegemaraan seperti ikan atau dada ayam tanpa kulit. Biasanya, makan secara perlahan-lahan agar mudah rasa kenyang. Juga banyak minum air putih.

Fakta: Makan dengan perlahan memberi peluang kepada otak untuk mengirimkan signal sudah kenyang. Cara begini membantu menggelakkan anda daripada makan berlebihan.

Komen Pakar: Pola pemakanan yang sihat, lengkap dengan air, karbohidrat, protein, lemak dan serat. Namun, masih kurang pengambilan protein tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan sehingga kekurangan keperluan vitamin dan mineral. Cuba variasikan sumber protein dengan menambah pengambilan makanan seperti kekacang. Nutrien makanan harus seimbang kerana tubuh amat memerlukannya.
Apatah lagi protein tumbuhan yang kaya dengan isoplavon sebagai antioksidan, fitestrogen sebagai sumber estrogen dari tumbuhan yang digunakan untuk meningkatkan kadar estrogen dalam tubuh dan fitesterol. Perhatikan juga cara memasak. Kurangkan menggoreng makanan. Makan tiga sudu sudah cukup kerana pengambilan sayur-sayuran sudah cukup banyak. Tambahan, sayur dan buah juga mengandungi karbohidrat yang tinggi serat.


Monday, 2 April 2012

Fakta Pemakanan : Nasi



Nasi merupakan makanan ruji terluas di seluruh dunia. Bermula dari benua Asia, nasi menjadi semakin popular apabila ia mula tersebar sehingga ke Eropah melalui India lebih kurang seratus tahun dahulu. Sehingga kini, lebih kurang 92% pengeluar padi dunia datang dari benua Asia terutamanya dari Thailand, Vietnam, Indonesia, Jepun, Filipina, India dan China.

Persoalaannya, adakah nasi dikategorikan sebagai makanan yang sihat?
Semangkuk nasi dapat menyumbangkan pelbagai jenis nutrisi terutamanya dalam membekalkan tenaga kepada pengguna. Nasi juga datang dari pelbagai jenis iaitu beras putih, beras perang, beras hitam dan lain-lain dimana setiap jenis beras ini mengandungi kandungan nutrisi yang berbeza lebih-lebih lagi menurut kandungan serat dan karbohidratnya.

Fakta pemakanan bagi Nasi Putih

Nasi sangat kaya dengan serat dimana ianya sangat penting bagi proses penghadaman secara sihat. Ia juga sangat kaya dengan karbohidrat, nutrisi yang tidak asing lagi dalam membekalkan tenaga tetapi jika makan dalam kadar yang berlebihan, ia akan bertukar menjadi gula dan akan tersimpan di dalam badan serta di dalam sel lemak. Selain itu, nasi juga padat dengan vitamin dan mineral. Jika anda mencari makanan yang padat dengan kandungan nutrisi yang memberikan tenaga, nasi merupakan pilihan makanan yang tepat.


Jika anda mengambil nasi dalam hidangan makanan anda, semestinya anda tidak akan mengambilnya tanpa lauk. Nasi sangat universal dengan pelbagai jenis masakan beraneka rasa seperti pedas, manis, masin dan masam. Ia dapat bertindak sebagai penambah selera kepada masakan berlauk, sekali gus, pelbagai jenis nutrisi daripada lauk-pauk dapat diterapkan ke dalam sistem penghadaman. Ini menjadikan makanan yang berasaskan nasi merupakan makanan yang sangat kompleks dan kaya dengan pelbagai nutrisi. Selaras dengan Panduan Pemakanan Malaysia, mesej kekunci yang pertama iaitu, "Makan pelbagai jenis makanan mengikut pengambilan yang disarankan".

Sumber : vegonline.org
Sumber imej : google.com

Monday, 26 March 2012

Resipi Sihat : Ikan Tandoori

Assalamualaikum. Hari ni nak berkongsi satu resipi yang sihat dan mudah sesuai untuk pelajar yang mungkin takde masa sangat nak masak. Membuka segmen kongsi resipi sihat di blog ini saya ingin mengajar cara untuk memasak Ikan Tandoori. Biasanya kita dengar ayam je kan masak tandoori kali ni kita buat ikan tandoori pulak. Jom kita belajar cara-cara membuatnya!!


IKAN TANDOORI
Hidangan untuk 5 orang 



Bahan-bahan
350 g (2 ekor sederhana) ikan bawal hitam  (boleh juga menggunakan ikan lain. Cth : Tenggiri dsb.)
75 ml (1/2 cawan) yogurt rendah lemak
10 g (1 biji) limau nipis, diambil jusnya
10 g (1 biji) bawang merah*
25 g (2 sm) halia*
10 g (4 ulas) bawang putih*
5 g (2 sudu makan) serbuk cili*
10 g (1 sudu teh) serbuk kunyit*
1 g (1/4 sudu teh) serbuk kulit kayu manis*
2 biji buah pelaga *
2.5 g (1/2 sudu teh) garam
-yang bertanda * hendaklah dikisar bersama ½ cawan air

Cara memasak
1. Gaulkan ikan bersama bahan kisar, yogurt dan jus limau nipis serta garam.
2. Perap ikan selama 1 jam.
3. Panggang ikan di dalam ketuhar sehingga masak. (kepanasan tinggi selama 4-5 minit bagi setiap sisi)
4. Boleh dihias dengan hirisan bawang merah dan limau nipis.

KANDUNGAN NUTRISI BAGI SETIAP HIDANGAN :
Kalori           : 58 kcal
Lemak          : 0.9 g
Protein          : 8.9 g
Kalsium         : 48 mg
Kolesterol     :  22 mg
Zat Besi        : 0.8 mg

Haa mudah je kan..  Apa lagi cuba la masak kat rumah sewa masing2.. Sapa yang duduk kolej tu err.. tunggu la balik kampung halaman yee. Selamat mencuba!!

Sumber menu : nutriweb.org.my
Sumber imej   : flickr

Sunday, 25 March 2012

Come and Join Us!!


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Di sini saya ingin menjemput saudara/saudari mahasiswa/mahasiswa  untuk menyumbangkan artikel, buah fikiran atau apa-apa peristiwa yang berkenaan dengan persatuan NADA (contohnya pergerakan dan perkembangan exco2 dan pelajar-pelajar dari setiap semester). Jika saudara/saudari berminat, bolehlah emelkan artikel/idea anda ke alamat :


Semoga kita sama-sama menambahkan isi blog ini agar berguna untuk kita semua dan alangkah baik jika blog ini dapat sampai ke orang ramai dan memberi manfaat kepada mereka juga. Sekian, Wassalamualaikum.


Friday, 16 March 2012

NADA UiTM blogsite


Assalamualaikum & salam sejahtera...

Blog ini merupakan blog rasmi Nutrition & Dietetics Students' Association (NADA) atau Persatuan Pelajar Pemakanan & Dietetik yang terdiri daripada para pelajar UiTM jurusan tersebut. Blog ini diadakan bertujuan untuk:

- Memberi informasi mengenai cara pemakanan sihat.
- Menyediakan resepi-resepi makanan sihat.
- Memberi informasi mengenai makanan.
- Melaporkan kegiatan aktiviti yang dijalankan oleh ahli NADA.
- Menghebahkan kewujudan & peranan NADA kepada masyarakat.


Untuk pengetahuan umum, para pelajar jurusan Pemakanan & Dietetik ini bakal bergelar pegawai dietetik (dietitian) setelah mereka tamat pengajian. Peranan seorang pegawai dietetik ialah:

- Menyelia penyediaan & perkhidmatan makanan.
- Mengubah suai diet mengikut keperluan individu atau kumpulan tertentu.
- Mengambil bahagian dalam penyelidikan.
- Membantu dalam mendidik individu atau kumpulan ke arah tabiat pemakanan yang baik.

Kurangnya pendedahan mengenai cara pemakanan yang di kalangan masyarakat menyebabkan peningkatan peratusan risiko untuk menghidap penyakit-penyakit kronik walaupun di usia muda seperti diabetes (kencing manis) & tekanan darah tinggi yang membawa kepada masalah jantung serta masalah obesiti yang merupakan fenomena terkini. Salah satu cara untuk mengurangkan atau mengatasi masalah-masalah tersebut adalah melalui cara pemakanan yang baik. Setiap individu bertanggungjawab ke atas diri sendiri. Segalanya bermula di atas kemahuan sendiri.


"Bijak Memilih Kekal Sihat"

sumber: Google image, Wikipedia