Welcome to NADA's blog!

Please enjoy your stay and learn as much as you can from the informative posts

 photo nada_zpsf2930329.jpg

We are NADA!

NADA stands for Nutrition And Dietetics Students' Association, one of the society in Faculty of Health Science, UiTM Puncak Alam.

Congratulations Super Senior!

NADA's first batch has completed their degree studies. Best of luck to all of you!

 photo templat_zps2acc94f0.jpg

Please Support Us!

Commenting and sharing our posts will help in increasing the nutrition awareness and further improvement of our blog

 photo foods_zps39051608.jpg

Start your healthy diet today!

Don't forget to exercise regularly and eat a healthy food everyday. Choose your healthy ingredients now!

 photo foods_zps39051608.jpg

Click this image for more details!

Come and join us from 13th to 15th of June 2013. Eat Well, Live Well, Stay Healthy!

Saturday, 8 June 2013

HARI INTERAKSI INTERVARSITI 2013

Hari Interaksi Intervarsiti Pemakanan dan Dietetik merupakan sebuah program yang menggabungkan pelajar-pelajar dalam bidang Pemakanan dan Dietetik dari Universiti yang menawarkan kos tersebut. Pada tahun 2013, program ini telah dilaksanakan buat kali ke-3 dengan penyertaan 5 buah universiti iaitu UPM, UiTM, UKM, UIAM dan MSU. Pada kali pertamanya, IMU telah menjadi hos dengan penyertaan 3 buah universiti sahaja. Pada kali kedua, penyertaan kian bertambah kepada 4 buah universiti yang dijalankan di UiTM. Kali ini, pada tahun 2013, program ini semakin mendapat galakan dan dilaksanakan di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 27 April 2013.

Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan yang dapat mengeratkan hubungan pelajar Pemakanan dan Dietetik dari universiti yang berlainan. Antara aktiviti yang dilaksanakan pada hari interaksi tersebuat ialah :

  • Ceramah Kerjaya Pemakanan dan Dietetik.
  • Pertandingan Filem Pendek.
  • Ice Breaking.
  • Foods War Explorace.
  • Cooking Competition.
  • Malam Kebudayaan.
Sukacita dimaklumkan, NADA UiTM telah mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Filem Pendek dengan tajuk filemnya, "Fantasi Hipertensi". Sebuah filem pendek bergenrekan Fantasi / Sci-Fi dan bertemakan Hipertensi / Sakit Darah Tinggi.

Hari Interaksi Intervarsiti Pemakanan dan Dietetik 2013 (UPM)

Antara Universiti yang menghadiri - MSU, UKM, UPM, UiTM, UIAM.

Pelajar-pelajar NADA yang mewakili UiTM.

Sebelum ceramah kerjaya bermula.

Sesi Ice-breaking. Waktu ni lah nak kenal2 budak2 dari Universiti lain.

Explorace - kena kenalpasti gaya. Setiap checkpoint yang berjaya akan dapat ramuan utk Cooking Competition.

Explorace - Sedang mendengar briefing di salah satu checkpoint.

Explorace - Passkan getah menggunakan straw.

Explorace - Antara tugasan di checkpoint, sarungkan ahli kumpulan dengan sehelai kertas.

Cooking competition - Memasak dengan menggunakan bahan2 yang dikumpulkan dari checkpoint.

Selesai memasak, possing sket~

Pengadilan uji rasa dari Cooking Competition.

Peserta2 bersedia untuk malam kebudayaan.

Antara hidangan yang mereka masak.

Malam kebudayaan.
Kami berharap agar program ini akan diteruskan dengan lebih baik dan lebih penyertaan terutama dari UniSZA dan USM. =)

Sunday, 2 June 2013

Resipi Khusus Pesakit Dialisis

TIP MASAKAN SIHAT


  • Hadkan garam kepada 1/4 hingga 1/2 sudu teh rata
  • Hadkan kicap kepada 1/2 sudu besar (bagi masakan hidangan untuk 4 orang)
  • Gunakan sos tiram dalam kuantiti yang sedikit
  • Rendamkan ikan bilis dalam air panas dan buangkan air. Jumlah ikan bilis juga perlu dihadkan
  • Tambahkan rempah asli seperti bawang, lada hitam, lada sulah, kayu manis, bunga lawang, daun kari, jintan, dan ketumbar dalam jumlah yang sederhana bagi menyedapkan rasa dan bau makanan sebagai pengganti garam atau perencah masakan
  • Bagi membangkitkan rasa makanan, taburkan sedikit bawang goreng yang digoreng sendiri. Elakkan menggunakan bawang goreng yang dibeli kerana kandungan sodiumnya yang tinggi
CARA MENGAWAL POTASSIUM

  • Rebus ubi kentang menggunakan air yang banyak dan buangkan airnya
  • Pilih sayur daripada jenis rendah potassium seperti terung, kacang botol, kacang buncis, dan petola bagi membekalkan keperluan serat harian
  • Penggunaan daun sup dan daun bawang perlu dihadkan
  • Sawi dipotong kecil dan direndam dalam air panas seketika dan buangkan airnya
CARA MENGAWAL FOSFAT

  • Ayam direbus hingga masak sebelum ayam digoreng
  • Gunakan daging atau ayam segar yang dicincang sendiri berbanding daging atau ayam cincang yang diproses
  • Elakkan mengambil kuning telur dan air rebusan ikan

Sumber : Resipi Pesakit Dialisis 2013

Tuesday, 26 February 2013

Waktu terbaik makan buah-buahan

Waktu untuk mengambil buah-buahan ketika makan sentiasa menjadi isu hangat samada mengambilnya sebelum atau selepas makan. Secara kebiasaannya, kita mengambil buah-buahan sebagai pembuka selera mahupun pencuci mulut. Namun, apakah kebaikan yang akan kita dapat sekiranya memakan buah-buahan dalam waktu yang berbeza?

Pembuka Selera
Sesetengah pihak percaya memakan buah-buahan seelok-eloknya 30 minit hingga 1jam setengah sebelum makan. Ini dapat membantu dalam pembersihan sistem penghadaman dan juga meningkatkan selera makan seseorang. Tabiat ini akan memberi kesan mengikut tahap keasidan, tahap gula dan kalori yang terkandung di dalam buah yang diambil. Sebagai contoh, memakan buah-buahan yang tajam (buah yang tinggi kandungan asid) seperti nanas, mangga, plum, dan buah beri sebelum memakan makanan berat dalam tempoh 10 hingga 15 minit kemudian. Cara ini dapat mebangkitkan selera seseorang.
Di samping itu, memakan buah-buahan seperti pisang, anggur, kurma dan kismis mampu membekalkan kalori yang tinggi. Ini dapat menahan perut kita dari berasa lapar dalam jangka masa yang lebih panjang. Jalan yang terbaik adalah dengan menunggu rasa lapar itu hadir lebih kurang dalam 30 minit ke 1 jam sebelum mengambil makanan yang lain.



Pencuci mulut
Buah-buahan biasanya diambil selepas makan sebagai pencuci mulut dan perkara ini mejadi kebiasaan masyarakat sekarang. Asid dari buah melancarkan sistem penghadaman. Ia juga dipercayai protein-protein yang terkandung di dalam makanan dapat melambatkan penyerapan gula dari buah-buahan yang diambil selepas makan. Cara ini sangat bagus dilakukan oleh penghidap kencing manis (diabetes). Ada juga yang berpendapat, buah lebih baik jika diambil ketika perut telah kosong atau 3 jam selepas makan. Tabiat ini sesuai dilakukan oleh orang yang bekerja dengan makan tengahari di tempat kerja dan makan malam di rumah. Apabila mereka pulang ke rumah dengan perut yang kosong, mereka boleh mengambil buah-buahan sebelum makan malam dan cara ini juga dapat mengelakkan daripada sembelit.


Secara kesimpulannya, banyakkan memakan buah-buahan sekurang-kurangnya 2 sajian dalam sehari.

Sumber : Eat Well, Live Well
(Chia Joo Suan)

Wednesday, 13 February 2013

Panduan Diet Malaysia 2010

Panduan Diet Malaysia 2010 telah digubal oleh pakar pemakanan bagi membantu anda menjadikan amalan pemakanan sihat sebahagian daripada gaya hidup anda. Anda boleh mendapat kelebihan daripada  amalan pemakanan sihat dengan mengikut 14 tip atau cadangan mudah di bawah :

1. Makan pelbagai jenis makanan mengikut pengambilan yang disarankan.
2. Kekalkan berat badan dalam julat sihat.
3. Aktif secara fizikal setiap hari.
4. Makan jumlah nasi dan produk bijirin lain (terutamanya bijirin penuh) dan ubi-ubian secukupnya.
5. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
6. Makan ikan, daging, ayam, itik, telur, kacang dan bijian secara sederhana.
7. Ambil susu dan produk tenusu yang mencukupi.
8. Hadkan pengambilan makanan tinggi lemak dan kurangkan lemak dan minyak dalam penyediaan makanan.
9. Pilih dan sediakan makanan kurang garam dan sos.
10. Ambil makanan dan minuman rendah gula.
11. Minum banyak air setiap hari.
12. Amalkan pemberian susu ibu secara eksklusif (tanpa makanan lain) dari lahir hingga 6 bulan dan terus menyusu sehingga berusia 2 tahun.
13. Ambil makanan dan minuman yang selamat dan bersih.
14. Gunakan maklumat pemakanan pada label makanan secara efektif.

PIRAMID MAKANAN MALAYSIA
Patuhi setiap sajian makanan setiap hari mengikut kumpulan makanan untuk mendapatkan pemakanan yang seimbang.

"MAKANAN SIHAT, MASYARAKAT CERGAS, NEGARA CEMERLANG"
Sumber : www.nutriweb.org.my

Tuesday, 12 February 2013

Resipi Sihat : Ayam Goreng Yogurt

AYAM GORENG YOGURT
Hidangan untuk : 5 Orang

Ayam Goreng Yogurt
(Gambar hiasan)

Bahan-Bahan :
500g ayam (dipotong kecil dan dibuang kulit)
2 sudu makan cili (digiling atau dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar halus)
3 ulas bawang putih (dikisar halus)
1 inci halia (disagat halus)
1 tangkai daun kari
1 cawan yogurt
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak masak bagi menggoreng (dinasihatkan guna minyak zaitun atau minyak kanola)

Cara memasak :
1. Campurkan kesemua bahan dan perap ayam selama 30 minit.
2. Goreng ayam sehingga masak dan garing.
3. Hidangkan bersama nasi putih atau boleh dimakan begitu sahaja

KANDUNGAN BUTRISI BAGI SETIAP HIDANGAN :
Kalori            : 281 kcal
Karbohidrat   : 22 g
Protein           : 26 g
Lemak           : 9.8 g
Kalsium         : 120 mg
Zat besi         : 1.8 mg
Serat diet       : 1 mg

Selamat Mencuba!

Sumber : Resipi Sihat Makan Tengahari & Malam (Chef Hussin Khan)

Wednesday, 6 February 2013

Senangnya kurangkan gula

Gula merupakan karbohidrat ringkas yang hanya membekalkan sumber tenaga dalam bentuk kalori tanpa nutrien yang lain. Saranan pengambilan gula harian ialah 50g iaitu 10 sudu teh sehari termasuk kandungan gula yang tersembunyi di dalam makanan.

Amalkan SATU sudu teh untuk satu cawan minuman anda.

Terdapat 7 Langkah Bijak untuk Mengurangkan Gula :

1. Minum air kosong bagi menggantikan minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap dan kordial.

2. Hadkan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.

3. Elakkan menambah gula dalam masakan dengan cara menyediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.

4. Elakkan makanan dan minuman bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.

5. Gantikan pencuci mulut kepada buah-buahan daripada mengambil makanan bergula seperti kuih, kek, bubur dan pengat.

6. Baca label dan elakkan produk yang menyenaraikan gula di bahagian awal senarai ramuan.

7. Pilih produk berlabel "rendah gula" dan "tanpa gula" / "bebas gula".

Nampak menarik kan? tapi AWAS!
Makanan seperti inilah yang menyumbang kepada penyakit seperti Diabetes, Obesiti, Sakit Jantung dan lain-lain.
ELAKKAN!
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Tuesday, 5 February 2013

Memilih Ikan Segar

Tips untuk memilih ikan yang segar :

1. Pastikan isi ikan keras, tubuhnya saling terikat dan kulit masih melekat kuat dengan dagingnya.
(Apabila ditekan dengan jari, kulitnya tidak mudah tersiat dan bentuk isinya kembali ke bentuk asal.)

2. Penampilan ikan mestilah dalam keadaan bersih, tidak menggelupas, kulit bersinar dan berkilat.

3. Ikan yang segar memiliki insang yang berwarna merah terang dan bersih.

4. Mata ikan kelihatan jernih dan bersinar serta tidak layu ataupun cengkung.

5. Bau ikan yang segar tidak berbau busuk selain berbau hanyir semulajadi ikan. 
(Sekiranya ikan diletakkan di dalam ais, ikan itu tidak akan berbau hanyir sehingga ais itu cair.)


5 tips mudah untuk mengenal pasti ikan yang segar :
Isi, Penampilan, Insang, Mata dan Bau.
Sumber : www.trymasak.my 

Thursday, 31 January 2013

Kenali Sumber Makanan Tinggi Kalsium

Hampir semua orang tahu sumber makanan tinggi kalsium datangnya dari susu dan segala produk tenusu. Tetapi bagaimana pula dengan pengguna yang tidak suka meminum susu atau tidak boleh meminum susu atas sebab alahan? Dari mana mereka nak dapatkan sumber kalsium?

Tahukah anda terdapat pelbagai jenis makanan yang mempunyai kandungan kalsium yang tinggi termasuk dari sayur-sayuran, makanan laut dan juga kekacang.

Kailan, sayur hijau yang mengandungi kalsium
Ulam-ulaman / sayur-sayuran adalah contoh makanan yang tinggi kalsium. Berikut merupakan senarai sayur/ulam serta kandungan kalsium berdasarkan Nutrient Composition of Malaysian Foods :
Pucuk betik (290 mg)
Ulam raja (270 mg)
Daun pudina (216 mg)
Daun pegaga (171 mg)
Kailan (179 mg)
Sawi (136 mg)
Pucuk paku (79 mg)

Pastikan anda mengambil 3 sajian sayur-sayuran (3 cawan) setiap hari bagi mendapatkan kalsium serta sumber mineral lain seperti magnesium, vitamin K, vitamin B dan lain-lain yang juga dapat membantu dalam perkembangan tulang.


Ikan bilis beserta tulang dapat meningkatkan kandungan kalsium
Selain itu, sumber kalsium juga boleh didapati di dalam makanan laut seperti ikan bilis (440 mg), udang kering (128 mg), dan juga ikan sardin dalam tin yang mengandungi 363 mg kalsium. Walaubagaimanapun, ikan bilis akan kehilangan kandungan kalsiumnya jika dibuang kepala dan dibersihkan tulangnya. Bagi mengekalkan kandungan kalsium, ikan bilis mestilah dibersihkan dengan tidak membuang tulangnya yang menyimpan banyak kalsium. Cincalok dan belacan juga merupakan makanan tradisional yang tinggi kalsium.


Anda mungkin menggemari makanan yang bersumberkan kekacang seperti air soya, tofu, kacang kuda, tau foo fah dan sebagainya. Makanan-makanan seperti ini juga mengandungi kandungan kalsium yang tinggi di mana 1 cawan soya mentah mengandungi 349 mg kalsium, 1 cawan tau foo fah mengandungi 163 mg kalsium manakala masing-masing mengandungi sebanyak 268 mg dan 326 mg kalsium terdapat di dalam kacang kuda dan kacang dhal kuning.

Tau foo fah, diperbuat dari kacang soya yang tinggi kalsium

Walaubagaimanapun, produk makanan tenusu seperti susu UHT, yogurt, keju, susu penuh krim dan lain-lain lebih dikenali atas kandungan kalsiumnya. Jadi, jika anda tidak mengambil makanan tenusu, jangan risau terhadap kandungan kalsium dalam badan anda selagi anda masih mengambil sayur-sayuran, makanan laut mahupun kekacang.

Sumber : Eat Well, Live Well 
(Chia Joo Suan)

Monday, 14 January 2013

Al-Fatihah



Salam Takziah di atas pemergian salah seorang staf makmal NADA, Allahyarham En. Mohamad Mahathir bin Rahim yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar jam 4 pagi hari ini (15 Jan 2013) akibat jangkitan di bahagian otak.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam  USJ 22.



Semoga rohnya dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT. Al-Fatihah.

Sumber gambar : Sdr. Shukri Shuhaimee

Sunday, 9 December 2012

AGM & AGD NADA 2012

Malam "Pastel Palette" yang Menggamit Memori

Annual General Meeting & Annual Grand Dinner (AGM & AGD) NADA 2012 telah berlangsung pada 23 November 2012 bertempat di Hotel De Palma, Shah Alam bertemakan "Pastel Palette".

Malam "Pastel Palette" itu telah diceriakan dengan kehadiran Dr. Hamzah Fansuri (Dekan Fakulti Sains Kesihatan), Dr. Hanafi Ali (Timb. Dekan HEP), Prof Wan Kamil,(Timb. Dekan HEA), Prof Madya Datin Dr. Safiah (Ketua Jabatan Pemakanan & Dietetik), Mdm Naleena (Penasihat NADA), Pensyarah2 NAD, Staf2, Pegawai2 Dietetik (CI) dan semua pelajar2 pemakanan dan dietetik dari setiap batch.

Pada malam itu, beberapa objektif telah dicapai iaitu meraikan pelajar-pelajar tahun akhir yang akan pergi praktikal pada semester hadapan dan juga melantik Majlis Tertinggi dalam ahli jawatankuasa NADA yang baru.

Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang Majlis Makan Malam itu ialah tayangan video persembahan dari setiap batch, permainan "The Voice", majlis perlantikan MT NADA yang baru dan juga Perutusan Amanat dari Pensyarah2 kepada pelajar tahun akhir.

Wajah2 ceria pensyarah-pensyarah NAD bersama Dekan dan Timb.Dekan.
Perasmian Malam Pastel Palette oleh PM Datin Dr. Safiah 

Pelajar tahun akhir (Batch ke-2), chaiyok2!! 

Batch ke-3 in da house! bersama hot stuff Nik Syafiq..hehe

Pengarah program meracau! hehe.. bersama segelintir Bath ke-4 dan ke-2

"We Are ONE", kata budak2 Batch ke-5.. ^^
Berjabat tangan selepas penyerahan simbolik amanat (tengkolok) diberikan kepada
Presiden NADA yang baru (Saudara Shahnizam).

Buffet Asians Cuisine.. Suasana yang ceria dengan warna2 pastel.

Tahniah kepada Majlis Tertinggi NADA 2012-2013 yang baru dilantik.

Skuad NADA 2011-2012 bersama Dekan, Timb Dekan dan Pensyarah2 Pemakanan dan Dietetik

TERIMA KASIH